Saturday, 17 December 2011

FAM Ada Sebab Jangka Panjang




Kehadiran skuad Singapura Lions XII tidak akan memberi tekanan kepada pasukan negeri yang akan memulakan saingan Liga Super 2012, bulan depan.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim percaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang niat untuk memberi tekanan kepada pasukan negeri, sebaliknya ada perancangan besar untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dalam jangka panjang.


Perkara ini bukan perkara baru kerana mereka pernah menyertai liga bola sepak kita beberapa tahun dulu. Oleh itu, saya minta pasukan negeri dan penyokong supaya bertenang dan tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada FAM.
Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan. - Datuk Razali Ibrahim
“Mereka (FAM) sudah tentu mempunyai sebab tersendiri memberi layanan lebih sedikit kepada mereka (Singapura),” katanya selepas Anugerah Belia Cemerlang (ABC) daerah Pontian, semalam.

Razali berkata, tidak timbul soal tidak adil kerana kementerian dan FAM sentiasa memberi sokongan kepada 11 lagi pasukan negeri dan kelab yang bertanding dalam Liga Super.

“Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan.

“Justeru kita perlu terima baik kehadiran mereka. Malah skuad negara juga turut mendapat manfaatnya kerana skuad Harimau Muda A yang baru saja memenangi pingat emas Sukan SEA baru-baru ini, dibenarkan bertanding dalam Liga-S tahun depan,” katanya. 

FAM Ada Sebab Jangka Panjang

Kehadiran skuad Singapura Lions XII tidak akan memberi tekanan kepada pasukan negeri yang akan memulakan saingan Liga Super 2012, bulan depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim percaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang niat untuk memberi tekanan kepada pasukan negeri, sebaliknya ada perancangan besar untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dalam jangka panjang.
Perkara ini bukan perkara baru kerana mereka pernah menyertai liga bola sepak kita beberapa tahun dulu. Oleh itu, saya minta pasukan negeri dan penyokong supaya bertenang dan tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada FAM.
Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan. - Datuk Razali Ibrahim
“Mereka (FAM) sudah tentu mempunyai sebab tersendiri memberi layanan lebih sedikit kepada mereka (Singapura),” katanya selepas Anugerah Belia Cemerlang (ABC) daerah Pontian, semalam.

Razali berkata, tidak timbul soal tidak adil kerana kementerian dan FAM sentiasa memberi sokongan kepada 11 lagi pasukan negeri dan kelab yang bertanding dalam Liga Super.

“Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan.

“Justeru kita perlu terima baik kehadiran mereka. Malah skuad negara juga turut mendapat manfaatnya kerana skuad Harimau Muda A yang baru saja memenangi pingat emas Sukan SEA baru-baru ini, dibenarkan bertanding dalam Liga-S tahun depan,” katanya. 

Wednesday, 14 December 2011

Perlawanan Persahabat Malaysia 2012



Arab Saudi sudah bersetuju dan sanggup membiayai, Congo pula sudah memohon malah sehingga Iran mahupun Paraguay, mula mengintai untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan skuad kebangsaan sepanjang tahun depan.


Semuanya gara-gara fenomena kejayaan Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 dan kehebatan Harimau Muda pada Sukan SEA XXVI lantas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula tidak menang tangan untuk menguruskan siri persahabatan antarabangsa A itu di Malaysia atau luar negara.


Hasrat negara di ranking dunia lebih baik yang memang ditunggu-tunggu Malaysia itu, didedahkan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal yang ditemui pada majlis undian Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA 2012 di sini, semalam.


"Arab Saudi mempelawa, malah sanggup membiayai kehadiran pasukan kita dari segi penerbangan dan penginapan dalam persahabatan di Melbourne pada 20 Februari ini sebagai persediaan menjelang jadual Kelayakan Piala Dunia 2014 mereka dengan Australia.


"Hasrat kesemua pasukan ini menunjukkan Harimau Malaya sudah mempunyai nama dan mutu permainan yang boleh dibanggakan. Kecuali Arab Saudi yang sudah sah, yang lain-lain masih di peringkat perbincangan tetapi jika berjaya, ini bakal menjadi persediaan terbaik kita mempertahankan Piala Suzuki AFF, tahun depan," katanya.


Kata Subahan yang juga Naib Presiden FAM, Congo memohon untuk mengadakan persahabatan di Kuala Lumpur sementara rundingan dengan Iran bakal bergantung kepada persetujuan mengenai soal bayaran, tarikh perlawanan dan gelanggangnya.


"Kita memang serius untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF apatah lagi sebagai tuan rumah, sudah pasti tidak manis kalau kecundang mudah lebih awal pada tahun depan. Maka saya rasa sasaran wajar kita ialah sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir.


"Malah, hasil persediaan rapi dalam siri persahabatan dan Piala Suzuki AFF ini, bakal mampu memantapkan skuad negara bagi menghadapi matlamat pasukan yang lebih penting, Kelayakan Piala Asia 2015," ujarnya.


Jelasnya, skuad kebangsaan hanya akan kembali dihimpunkan bagi sesi latihan pusat lima hari di Wisma FAM bulan depan sebelum dilepaskan semula kepada pasukan Liga M masing-masing yang bakal bersaing 10 Januari ini.

Tuesday, 13 December 2011

ONG KIM SWEE PUJI AKSI PEMAIN

Jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memuji komitmen yang ditunjukkan pemain yang jarang digunakannya selepas mereka berjaya menundukkan Sydney FC 3-0 dan ia sekaligus memberikan gambaran positif kepada skuad negara untuk menampung kelemahan yang dihadapi sebelum ini.
K.Gurusamy meledakkan gol pertama skuad Harimau Muda.

Skuad negara ketika ini dalam siri rangka perlawanan persahabatan antarabangsa di Australia sebagai persediaan sebelum bermula aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik pada Februari nanti.

“Pada separuh masa pertama saya menurunkan para pemain yang jarang-jarang bermain, hanya Muslim dan Guru saja bermain secara kerap. Namun mereka mempamerkan aksi yang mantap, saya berharap komitmen pemain ini dapat diteruskan lagi,” kata Kim Swee.

Skuad Olimpik negara berjaya menggunakan kelebihan yang dimiliki selepas kelab tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain dan sepakan percuma oleh K. Gurusamy pada minit ke- 45 memberi kelebihan 1-0 kepada skuad kendalian Kim Swee. Manakala Ahmad Hazwan Bakri menambah dua jaringan pada minit ke-79 dan 90 selepas memanfaatkan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Sydney FC.

Kemenangan yang diperoleh skuad olimpik negara menonjolkan beberapa aspek peningkatan positif oleh para pemain baru negara dan pastinya Kim Swee mengharapkan mereka dapat mengekalkan momentum sama sekiranya diberi peluang beraksi dalam perlawanan lebih kompetitif dan penting. Seterusnya, skuad Olimpik negara akan turun menentang Central Coast Mariners Rabu ini sebelum melengkapkan aksi persahabatan di Sydney berdepan Newcastle Jets pada 19 Disember.

Monday, 12 December 2011

Kim Swee uji pasukan berbeza di Sydney



DUA aksi kompetitif dalam tempoh dua hari menentang kelab Liga Australia (Liga-A), Sydney FC esok dan Central Coast Mariners FC Rabu ini memaksa jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menurunkan pasukan berbeza dalam aksi persahabatan di Sydney, Australia.

Menurut pengendali negara itu ketika dihubungi Arena Metro di Sydney semalam, perlawanan dengan kelab di tangga kedua Liga-A, Central Coast Mariners dipercepatkan sehari daripada tarikh asal akibat masalah jadual liga negara itu.

“Tarikh perlawanan kedua menentang Central Coast Mariners sepatutnya diadakan pada 15 Disember namun terpaksa diubah pada 14 Disember atas permintaan kelab itu kerana jadual liga mereka yang padat.

“Kami terpaksa menerima permintaan itu dan apa yang saya perlu lakukan adalah melakukan persediaan terbaik dan memikirkan barisan pemain memandangkan kami tidak mempunyai rehat sehari.

“Pada perlawanan pertama dengan Sydney FC saya bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama manakala bagi aksi kedua pula saya akan menurunkan pemain yang kurang diberi peluang sebelum ini,” kata Kim Swee.

Skuad Olimpik negara bertandang ke Sydney dalam rangka latihan dan persiapan menjelang pusingan kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik London menentang Bahrain, Jepun dan Syria tahun depan.

Biarpun peluang Malaysia hampir tertutup selepas merekod kekalahan ketiga berturut-turut, namun Kim Swee mahu menggunakan baki tiga lagi perlawanan kelayakan itu untuk mencari keputusan baik sambil memberi pendedahan kepada pemain baru.

Di Sydney, Kim Swee membawa 23 pemain termasuk tiga pemain baru, Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan.

City ujian sebenar Arsenal


Arsene Wenger percaya pertembungan dengan Manchester City minggu depan akan membuktikan sejauh mana kemampuan Arsenal dalam mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Skuad Gunners mula menampakkan kehebatannya selepas mengharungi lapan perlawanan liga tanpa tewas dan kemenangan terbaru 1-0 menerusi jaringan Robin van Persie ke atas Everton di Emirates Stadium Sabtu lalu.

Kemenangan anak buah Wenger itu hadir ketika Arsenal meraikan ulang tahun ke-125 sekali gus memberi kelebihan psikologi apabila mereka kini menduduki kelompok empat pasukan terbaik buat kali pertama musim ini walaupun Chelsea akan kembali memintas jika mengelakkan daripada tumpas di tangan pendahulu liga, City awal pagi esok.

Namun Wenger tetap berbangga dengan peningkatan Arsenal berikutan aksi hambar awal musim dan berasakan mereka boleh mencabar kejuaraan.

“Skuad ini kembali bersemangat dan fokus,” kata pengendali dari Perancis itu. “Ia hari cukup bersejarah dan ia bukan mudah untuk mengekalkan fokus,” katanya. “Kami berusaha keras untuk memberikan tekanan kepada pasukan lain dan perlawanan menentang Man City Ahad ini menjadi ujian sejauh mana kemampuan kami,” tambah Wenger.

Friday, 9 December 2011

KAFA harap Piala AFC di tempat sendiri


 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menaruh harapan tinggi agar Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Mac depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peluang untuk beraksi di tempat sendiri agak tipis berikutan beberapa kemudahan di stadium yang telah berusia 44 tahun ini gagal memenuhi syarat AFC.

"Seboleh-bolehnya saya mahu Kejohanan AFC berlangsung di Kota Bharu. Tetapi persoalannya bolehkah kita bermain 
di sini memandangkan kita masih tidak dapat memenuhi pelbagai syarat yang diletakkan oleh pihak AFC.
"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, Azman Ibrahim, banyak soalan yang perlu kita isi pada borang AFC, namun sukar untuk kita jawab. Misalnya bolehkah tahap pencahayaan stadium kita mencapai 1,200 lux sedangkan ketika ini hanya sekitar 800 lux sahaja.

"Begitu juga dengan scoreboard (papan keputusan elektronik) yang sampai sekarang tidak dibuat sejak setahun lalu. Memang kita dukacita, bukannya isu besar pun soal scoreboardtetapi sampai sekarang gagal dipasang. Saya akan minta Setiausaha Agung kemukakan rayuan kepada pihak AFC," katanya di sini, semalam.
Pada majlis undian Kejohanan AFC yang berlangsung di ibu negara tiga hari lalu, Kelantan selaku juara Liga Super musim ini diundi dalam Kumpulan H bersama tiga lagi pasukan iaitu Navibank Saigon (Vietnam), Arema Malang FC (Indonesia) serta Ayeyawady United FC dari Myanmar.

Menjawab maklum balas pihak kerajaan negeri mengenai perkara tersebut, Annuar enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta pihak media bertanyakan sendiri perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons